6 October 2015

Selipar botol...part 1

mak: Andi,main kat luar tuh jangan lupa pakai selipar.
andi: ye mak..Andi ingat

maka Andi pon bersuka ria bermain bola bersama anak jiran tetangganya namun sekadar di mulutnya sahaja mengatakan dia ingat tetapi dia terlupa untuk memakai selipar terus mengambil bola dan bermain di halaman jirannya.Beberapa minit berlalu,

Andi: mak!!!!!sakit....kaki Andi kena paku..

BUKKK!!!!!

Lamunan Andi terhenti tatkala sebiji bola terkena pada belakang badannya.Dia terus bangun sambil memegang bola tersebut.Datang seorang budak....

Budak: Bang,sorry bola kami terkena badan abang.Boleh kami ambil balik bola kami?
        
(budak tersebut gerun tengok muka Andi seperti hendak marah)

Andi: Boleh,,tapi boleh abang join kamu? (sambil tersenyum)

Budak tersebut mengangguk sambil tersenyum.Lama Andi tidak bermain bola apatah lagi untuk keluar pergi ke padang permainan setelah pemergian ibunya. 3 bulan dia berkurung,adik2nya dia hantar ke kampung dan dijaga oleh ibu saudaranya.

Setelah setengah jam bermain,Andi duduk kepenatan di tepi padang bersama budak tadi.

Andi:nama awak apa?
Budak: Fayyad. (sambil tersenyum)..abang?
Andi: Andi.Lama duduk sini?
Budak: Eh,tidak la..saya baru je duduk sini,sekolah kat hujung lorong sana.hujung minggu macam ni warden kasi keluar main kat padang ni,bergaul dengan masyarakat,kenal masyarakat ..hehe

Andi pun mengangguk faham.Dia sedikit kagum dengan sekolah itu.Ada sekolah yang membenarkan pelajarnya keluar dari pagar.Andi sangat anti dengan sekolah asrama.Pernah dulu ibunya ingin menghantarnya ke sekolah asrama tetapi Andi menolak sekeras-kerasnya dengan alasan tidak mahu jauh dari ibunya padahal takut untuk meninggalkan kenikmatan yang berada di rumahnya.Dia mengetahui ada sekolah agama di hujung lorong berdekatan dengan rumah dia tetapi dia malas untuk mengambil tahu.Dia pun jarang pergi padang permainan itu kerana selalunya dia akan menghabiskan masa petangnya bersama kawan2nya di pekan.

Budak:Kenapa tadi macam abang nampak sedih?mula-mula takut saya nak minta bola dari abang bila tengok muka abang.tapi saya tetap machokan diri untuk minta. hehe(sengih)

Andi tertunduk.Dia tidak tahu bagaimana untuk memberitahu Fayyad.Dia tidak bersedia untuk berkongsi dengan sesiapa tentang masalah ini tetapi sudah lama dia pendam.3 bulan dia tidak bercakap dengan sesiapa.Cuma hari ini dia rasa untuk menghirup udara segar.Mulutnya terkunci tetapi ada satu aura yang menarik dia untuk bercerita kepada Fayyad.Hati Andi berkata.

Andi: Ibu abang meninggal 3 bulan lepas.Abang tak tahu nak buat apa.Abang hilang arah sebab ayah abang tinggalkan kami adik beradik.Abang anak sulung,abang ada 5 orang adik.Abang hantar diorang balik kampung biar mak cik abang jaga.Abang berkurung kat rumah abang 3 bulan. (mata Andi mula bergenang)..

Fayyad tersenyum sambil merapatkan badannya mendekati Andi.

Budak: Abang bertuah tau sebab diuji macam ni.

Andi pelik lalu angkat muka memandang Fayyad."dia boleh kata aku bertuah padahal separuh mati aku menangis waktu ibu meninggal"

BERSAMBUNG....








29 August 2015

Salam Permulaan

Bismillah...


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana telah mengizinkanku membuat satu blog..moga blog ini memberi manfaat kepada diri ini terutamanya..dan juga memberi impak kepada para pembaca..